Friday, November 20, 2009

LAWATAN KE SEKOLAH

Semester 1....bakal-bakal guru HD telah berkesempatan untuk pergi ke sekolah setiap hari rabu. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan pergi ke SMK Desa Perdana dan kumpulan kedua ke SMK Dato'IbrahimYaakub. Pengalaman berinteraksi dengan pelajar-pelajar HD dan merasai sendiri suasana pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar HD telah menjadi panduan dan pendedahan awal untuk saya dan rakan-rakan mula menjadi guru kelak. Pelajar-pelajar di sini seperti pelajar biasa sahaja. Silibus mata pelajaran juga seperti di aliran perdana. Jadi tiada apa yang menjarakkan mereka dengan pelajar tipikal. Walau bagaimanapun keistimewaan mereka ialah mereka berkomunikasi di dalam bahasa isyarat. Kenangan berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di sini amat menggembirakan saya kerana dapat menggunakan komunikasi seluruh kod tangan dalam situasi sebenar.
Posted by Picasa