Tuesday, January 12, 2010

Bahan Bantu Mengajar


Gambar di atas adalah salah satu bahan bantu mengajar yang digunakan dalam bilik darjah. BBM ini saya namakan sebagai kit pembelajaran penjodoh bilangan. Kit pembelajaran ini saya gunakan ketika melakukan aktiviti pengukuhan untuk meningkatkan kefahaman murid dan keaktifan mereka di dalam kelas.

Monday, January 4, 2010

penulisan berita

Check out this SlideShare Presentation:

Tuesday, December 29, 2009

Video - Karangan Bahasa Melayu

Video ini disediakan untuk tugasan kelas Teknologi dan Inovasi. Video ini juga boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar apabila disekolah kelak. Penggunaan video memberi gambaran visual yang lebih jelas kepada pelajar untuk memahami apa yang akan diajar khususnya kepada pelajar-pelajar bermasalah pendengaran. Sumber yang diambil untuk menghasilkan video ini adalah dari internet dan juga gambar-gambar yang diambil sendiri.

Bayi Menggunakan Sign Language

Lihatlah kesannya jika sejak kecil bayi diajar bertutur dan juga menggunakan isyarat tangan untuk menyebut sesuatu perkataan. Bayi sekitar usia 1 tahun sudah mula pandai mengikut pergerakan yang ditunjukkan oleh ibunya. Walau bagaimanapun, usaha ini perlu dilakukan berulang kali untuk memperoleh hasil yang memuaskan.

Friday, December 25, 2009

Imbuhan Bahasa Melayu

Check out this SlideShare Presentation:
SUMBER : Mohamed Naim Daipi (slideshare ppt)

Friday, November 20, 2009

LAWATAN KE SEKOLAH

Semester 1....bakal-bakal guru HD telah berkesempatan untuk pergi ke sekolah setiap hari rabu. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan pergi ke SMK Desa Perdana dan kumpulan kedua ke SMK Dato'IbrahimYaakub. Pengalaman berinteraksi dengan pelajar-pelajar HD dan merasai sendiri suasana pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar HD telah menjadi panduan dan pendedahan awal untuk saya dan rakan-rakan mula menjadi guru kelak. Pelajar-pelajar di sini seperti pelajar biasa sahaja. Silibus mata pelajaran juga seperti di aliran perdana. Jadi tiada apa yang menjarakkan mereka dengan pelajar tipikal. Walau bagaimanapun keistimewaan mereka ialah mereka berkomunikasi di dalam bahasa isyarat. Kenangan berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di sini amat menggembirakan saya kerana dapat menggunakan komunikasi seluruh kod tangan dalam situasi sebenar.
Posted by Picasa